Friday, 23 August 2013

KENYATAAN RASMI PENGERUSI ATAS SABAH MENGENAI PERGOLAKKAN DI MESIR



Pertubuhan Kebajikan Atas Bersatu Sabah mengecam sekeras-kerasnya rampasan kuasa, penahanan Presiden Dr Mohammed Mursi dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut banyak nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertempuran ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana. Tragedi ini merupakan sejarah yang amat memilukan masyarakat Islam di seluruh dunia amnya.


Tragedi ini juga diharap menjadi iktibar kepada seluruh masyarakat Islam Antarbangasa khususnya  agar sentiasa menghargai keamanan yang sedia ada. Istilah demokrasi perluhlah dihayati dengan sebenar-benarnya agar kejadian berkaitan tindakan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak berlaku. Selain itu, tindakan ini juga nyata melanggar batasan undang-undang dan perlembagaan. Semoga tindakan sebegini bukan sahaja ditolak sekeras-kerasnya bahkan perlu dijauhi.


Kami sebagai salah satu badan NGO di sabah sekali lagi mengecam dengansekeras-kerasnya tindakan oleh tentera Mesir ini dan kami mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang sedang belajar ataupun bekerja di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang terlibat. Tidak lupa juga kami mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan semoga masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan segera. Yang pasti kebatilan akan kecundang juga.









R4BIA... R4BIA... R4BIA...





DRS Maslan Bin Mainan
Pengerusi ,
Pertubuhan Kebajikan Atas Bersatu Sabah.