INFO ATAS









Bismillahirrahmannirahim,,,

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan,



VISI


Menjaga Kebajikan Para Ahli Sama ada Berkaitan Ekonomi Mahupun Sosial Dan Agama


MISI

Menjadikan Pertubuhan ini sebagai sebuah NGO yang menyumbang kepada kemaslahatan rakyat  Sabah dan Malaysia amnya. Pertubuhan ini juga menjadi pengerak kepada perancangan-perancangan serta dasar-dasar Kerajaan didalam membantu rakyatnya. Kami turut bertekad menjadi sebuah NGO yang disegani dan dihormati di negeri tercinta ini sejajar dengan tujuan utama pertubuhan ini diwujudkan.





KETERANGAN

Pertubuhan Atas Bersatu Sabah (ATAS) ditubuhkan bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan dan seterusnya menjaga kebajikan  di kalangan rakyat Sabah dan di Malaysia amnya. Penubuhan ATAS ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan dikalangan penduduk sabah, khusunya para belia di seluruh tanahair yang tercinta ini.



Kewujudan pertubuhan ini juga diharap menjadi batu loncatan dalam memperbaiki sahsiah diri, ekonomi, agama dan juga perpaduan didalam kehidupan kita seharian. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan yang cukup besar, oleh itu bukan mudah untuk pertubuhan ini merealisasikan visi dan misi tanpa mendapat bantuan dan sokongan padu ahli dan juga penduduk negeri sabah.



Pertubuhan ini merupakan salah satu badan NGO di Sabah yang akan mengerakkan seluruh tenaganya didalam memperbaiki kualiti kehidupan penduduk atau masyarakat di sabah. Sebagai sebuah badan yang berdaftar, perjuangan dan kemanusian tetap menjadi hala tuju utamanya.



Setiap ahli akan merasakan betapa hebatnya sebuah ikatan KEKELUARGAAN yang cuba kami terapkan. Bahkan setiap permasalahan pasti akan diselasaikan dengan cara ikatan “Ayah dan Anak”, “Abang dan Adik”. Semoga kehadiran pertubuhan kami ini bukan sahaja dapat membantu didalam menyelesaikan permasalahan masyarakat kita, bahkan juga menjadi saluran pihak kerajaan didalam memperbaiki kualiti kehidupan rakyatnya.




Akhirlul kalam sambutlah salam  Ukhuwah dan perpaduan dari kami ATAS. 

No comments:

Post a Comment