PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ATAS BERSATU
SABAH
FASAL
1 NAMA
1.
Pertubuhan
ini dikenali dengan nama
PERTUBUHAN KEBAJIKAN
ATAS BERSATU SABAH
Selepas ini disebut pertubuhan.
2.
Takrif
Nama : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ATAS BERSATU SABAH bermaksud pertubuhan yang menjaga
kebajikan seluruh penduduk yang berada di atas bumi negeri Sabah.
3. Bertaraf : Negeri
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1.
Alamat
berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
BLOCK
C, LOT 17, TINGKAT 1, KOMPLEKS ALAPBANA
89158
KOTA BELUD
SABAH
dan alamat
untuk surat-menyurat adalah
BLOCK
C, LOT 17, TINGKAT 1, KOMPLEKS ALAPBANA
89158
KOTA BELUD
SABAH
atau di tempat lain atau
tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2.
Tempat
urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
1. Mewujudkan tabung khas bagi membiayai
kos dengan menerima kutipan derma atau tajaan-tajaan dengan syarat mendapat
kebenaran daripada pendaftar pertubuhan atau pihak berkuasa yang berkaitan.
2. Memupuk nilai-nilai murni kepada
kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah
tinggi
3. Menjalankan program dan aktiviti ke
arah pembentukan sahsiah dan jati dirI
4. Melaksanakan program dan aktiviti yang
berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan
5. Menganjurkan program dan aktiviti kesihatan
dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat
6. Tiada
FASAL 4 KEAHLIAN
1.
Kriteria
keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i.
Kewarganegaraan
: Malaysia
ii.
Umur
Minima : 18 tahun
iii.
Kawasan/Negeri
Tempat Tinggal Ahli : Sabah
iv.
Keturunan/Bangsa
: Semua
v.
Jantina : Semua
vi.
Agama
: Semua
vii.
Kriteria
Keahlian Yang Lain : Terbuka Kepada Warganegara Malaysia Yang Bermastautin
Di Sabah, Tanpa Mengira Anutan Agama Serta Berumur 18 Tahun Dan Keatas.
B. Ahli Bersekutu
Terbuka
kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri
daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan
kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari
pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka
kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Tiada
2.
Tiap-tiap
permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan
secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh
mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3.
Tiap-tiap
pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1.
Ahli
yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah member kenyataan
bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala
hutangnya.
2.
Mana-mana
ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu
atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah
daripada:
1.
Bayaran
masuk :
RM 30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)
2.
Yuran
:
RM 50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah
dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal
tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan
semasa permohonan ahli ) RM 100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya
lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang
ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya
sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya
sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan
supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati
yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa
menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya
terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada
ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan
mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran
tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama
seperti hutang yuran tahun.
3.
Sumbangan
Pertubuhan
ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.
Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam
Penyata Tahunan pertubuhan.
4.
Kegiatan
Ekonomi
Pertubuhan
ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,
menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
1.
Pengelolaan
Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu
perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah
ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam
mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
2.
Jika
korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak
lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
3.
Mesyuarat
Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam
tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir
pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda
Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa
berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan
penyata kewangan yang telah diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan
melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang
dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
4.
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk
salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira Pertubuhan
bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga
hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
5.
Mesyuarat
Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh
Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan
bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak
mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
6.
Mesyuarat
Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di
dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
7.
Pengumuman
dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat.
8.
Fasal
7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat
Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat
jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan
bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
9.
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan
dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat
itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1.
Satu
Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah
dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang
Ahli Jawatankuasa Biasa.
2.
Pemegang-pemegang
jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif
dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
3.
Nama-nama
untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap tahun.
4.
Fungsi
Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut
dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya
tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung
dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah
sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah
mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5.
Jawatankuasa
hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis
bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari
terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang
ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat
6.
Jika
timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat
Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan
kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu
hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada
bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka
terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang
terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatitkan dalam minit.
7.
Ahli
Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut
tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
8.
Jika
seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang
kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil
untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau
menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
9.
Jawatankuasa
boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk
menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang
difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa
Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang
ahli Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa yang lama hendaklah
menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan
berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun,
buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada
Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1.
Pengerusi,
dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat
agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
2.
Timbalan
Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3.
Setiausaha
hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan
hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod
dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat
terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor
kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman
tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan
mesyuarat.
4.
Penolong
Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
5.
Bendahari
adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang
terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
6.
Ahli
Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang
diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
1.
Tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini
boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,
biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah
juruaudit.
2.
Bendahari
dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 1000 (Ringgit
Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah
itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama
Pertubuhan.
3.
Segala
cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani
bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun,
Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana
penandatangan tersebut.
4.
Perbelanjaan
yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa,
dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10000 (Ringgit Malaysia Sepuluh
Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima
Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
5.
Penyata
kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit
yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah
diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah
dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6.
Tahun
kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01
Januari .
FASAL 11 JURUAUDIT
1.
Dua
orang yang bukannya
pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama satu tahun boleh dilantik
semula.
2.
Juruaudit
adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi satu tahun.
Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut
untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada
bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada
bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
1.
Segala
harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan
segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa
seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan
syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan
pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang
dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
2.
Harta
tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar
milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1.
Dalam
tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya
kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan
perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
2.
Kecuali
perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1.
Jawatankuasa
boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung
bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
1.
Sebarang
bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953
adalah dilarang di permis pertubuhan.
2.
Pertubuhan
atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
3.
Pertubuhan
ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau
tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli,
tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4.
"Faedah"
seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah
boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
5.
Semua
wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya
dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi
mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar
faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun
begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau
perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja
Pertubuhan.
6.
Persatuan
penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1.
Perlembagaan
ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan
untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan
pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1.
Pertubuhan
ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada
tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat
agung yang dipanggil khas kerananya.
2.
Sekiranya
Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang
dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan
dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3.
Permohonan
pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14
hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1.
Bendera
-
Keterangan
-
2.
Lambang

Keterangan
Lambang
ATAS merupakan segi lapan yang mempunyai empat warna iaitu hitam, merah, kuning
dan putih. Dibahagikan lapisan segi lapan ini adalah berwarna hitam dan lapisan
kedua berwarna merah. Manakala lapisan yang ketiga adalah berwarna putih. Dalam
lapisan yang ketiga bahagian atas terdapat perkataan PERTUBUHAN KEBAJIKAN ATAS
BERSATU SABAH yang berwarna hitam dan dibawahnya juga terdapat perkataan dalam
tulisan jawi iaitu ATAS yang berwarna hitam. Di bawah tulisan jawi terdapat
juga perkataan ATAS dalam tulisan rumi yang berwarna merah.
Selain
itu terdapat gambar Gunung Kinabalu yang di apit oleh gambar pokok padi dan
tiga garisan yang mana garisan tengah mempunyai ketinggian yang berbeza dengan
garisan kanan dan kirinya. Dibawahnya juga terdapat tulisan perkataan rumi
iaitu SABAH dan BERSATU. Setiap huruf perkataan BERSATU ini di dalam bulatan
yang berwarna merah.
Dalam
lambang ATAS terdapat empat warna iaitu hitam, merah, putih dan kuning. Warna
hitam melambangkan kesatuan dalam menghadapi cabaran. Merah melambangkan
keberanian dan kegagahan. Warna putih melambangkan keikhlasan dan kemuafakatan
manakala warna kuning melambangkan kesopanan dan keluhuran.
3.
Lencana
-
Keterangan
-
No comments:
Post a Comment