PERUTUSAN






Bismillahirrahmannirahim,,,

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan,

 Syukur Alhamdulillah akhirnya Pertubuhan Atas Bersatu Sabah (ATAS) dapat didaftarkan dan terima kasih yang tidak terhingga buat Kekanda-kekanda, adinda-adinda serta anak-anak di atas bantuan  serta cadangan bagi memberi sumbangan kepada masyarakat kita khususnya di Sabah. Matlamat utama pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk membantu dan menjaga kebajikan ahli, bukan ahli dan kemaslahatan masyarakat di Sabah yang memerlukan perkhidmatan kami sebagai sebuah pertubuhan, tidak kira berkaitan ekonomi, soisal, agama dan juga sebagainya.

Selaku Pengerusi pertubuhan ini,  saya secara peribadi mengharapkan agar pertubuhan ini dapat menyumbang serta membantu pihak kerajaan dalam membasmi kemiskinan serta menjaga kebajikkan rakyat di Sabah. Pihak pertubuhan juga amat mengharapkan wujudnya kerjasama yang erat dengan pihak kerajaan dan juga wakil-wakil yang dilantik oleh rakyat mahupun kerajaan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.

Kami juga amat mengharapkan kerjasama semua pihak tidak kira kerajaan, swasta mahupun pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah. Hal ini kerana pertubuhan kami bukannya tertubuh kerana perbezaan fahaman kepartian (Politik) tetapi matlamat utama kami membantu dan menjaga kebajikan masyarakat khususnya di Sabah agar tidak terabai ataupun tertindas.

Semoga segala usaha dan juga bantuan daripada pihak kami mendapat balasan daripada Allah. Setiap yang ingin kami lakukan adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan maha pencipta. Semoga pertubuhan ini dapat menyatukan semua suku kaum yang ada di Sabah bukan sahaja dari segi perpaduan bahkan peningkatan ekonomi setiap kaum.

Akhir kalam sambutlah salam perpaduan dan juga persaudaraan daripada PERTUBUHAN KEBAJIKAN ATAS BERSATU SABAH .

Yang Ikhlas,


DRS Maslan B. Mainan
Pengerusi,
Pertubuhan Kebajikan Atas Bersatu Sabah

3 comments: