Koperasi
ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1995 yang bermatlamatkan
kepentingan bersama dan meningkatkan kepentingan ahli-ahlinya melalui aktiviti
koperasi yang dijalankan.
► Peranan koperasi
- Memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
- Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli
- Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi.
- Membantu usaha kerajaan dalam pembangunan manusia.
► Prinsip-prinsip
koperasi
- Keahlian secara sukarela dan terbuka
o Tiada sebarang sekatan dari
segi sosial, politik, agama untuk menjadi ahli koperasi.
- Pengurusan secara demokrasi
o Ditadbir oleh mereka yang
telah dipilih atau dilantik dengan cara undian dimana setiap ahli berhak
mendapat satu undi tanpa mengira sumbangan modal.
- Faedah atas modal saham terhad
o menerima satu kadar faedah
atau pulangan yang terhad jika ada.
o Dividen yanga diberi
mestilah mendapat kebenaran ketua Pendaftar.
- Pembahagian lebihan yang saksama
o Lebihan diagihkan kepada
ahli secara sama rata dimana tiada ahli mendapat laba yang melampau.
- Galakan kepada pendidikan koperasi
o membuat peruntukan untuk pendidikan
ahli-ahli, pegawai dan kakitangan serta masyarakat tentang kebaikan koperasi.
- Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar
o memberi perkhidmatan
terbaik kepada ahli dan masyarakat. Ahli koperasi harus aktif di semua
peringkat dan saling membantu untuk memperkembangkan lagi ekonomi negara.
► Lima kelebihan
menjadi ahli koperasi.
- Hak sama rata
o Tidak membezakan
berdasarkan kepada pegangan syer anggota.
- Mengutamakan kebajikan ahli sebagai pengguna
o Kebajikan ekonomi
o Pendidkan koperasi
- Kebajikan bersama
o Seperti kebajikan menerima
pendidkan dan bantuan
- Harga syer yang tetap
o tidak terdedah kepada turun
naik harga saham
o tidak bergantung kepada
permintaan dan penawaran saham secara terbuka