Thursday, 3 July 2014

SAMBUNGAN : KOPERASI

 Bentuk pertubuhan koperasi
  • Koperasi asas
o    sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh individu orang perseorangan sahaja.
o    Bermatlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
o    Mepunyai keahlian minimun 100 orang.

  • Koperasi menengah
o    koperasi dimana ahli-ahlinya terdiri daripada koperasi-koperasi asas sahaja.
o    Bermatlamat untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi yang menjadi ahli.
o    Keahlian minimum terdiri daripada 2 koperasi asas.




  • Koperasi atasan
o    mempunyai keahlian yang terdiri daripada koperasi-koperasi menengah sahaja, atau koperasi menengah dan koperasi asas.
o    Terdiri daripada minimum 2 koperasi menengah.
o    Cth : Angkatan koperasi kebangsaan (ANGKASA)
o     
► Jenis koperasi dan aktivitinya
  • Koperasi Kredit dan Bank
o    menyediakan kemudahan kredit dan penerimaan deposit.
o    memberi kadar faedah yang baik kepada ahli berbanding bukan ahli.
o    Contoh : Bank Kerjasama Malaysia.

  • Koperasi Pengguna
o    membekalkan barangan dan pekhidmatan
o    memberikan bekalan produk yang bermutu.
o    Contoh : Koperasi Kedai Buku

  • Koperasi Perumahan
o    memajukan projek perumahan untuk ahli
o    kemudahan kepada ahli mendapat rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.
o    Contoh : Koperasi Perumahan Guru

  • Koperasi Pembangunan tanah
o    membangunkan tanah yang luas untuk projek pertanian.
o    Mengusahakan tanaman yang dijual.
o    Contoh : Koperasi Pekebun Kecil
o     

  • Koperasi Kenderaan Pengangkutan
o    menyediakan pengangkutan kepada ahli-ahlinya
o    menyediakan aktiviti mengangkut hasil dan juga pengangkutan awam


o    Contoh : Koperasi pengangkutan

Thursday, 26 June 2014

PENUBUHAN KOPERASI PERTUBUHAN ATAS BERSATU SABAH

      

  Koperasi ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1995 yang bermatlamatkan kepentingan bersama dan meningkatkan kepentingan ahli-ahlinya melalui aktiviti koperasi yang dijalankan.

    ► Peranan koperasi
  • Memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
  • Menggalakkan kerjasama dikalangan ahli
  • Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi.
  • Membantu usaha kerajaan dalam pembangunan manusia.
  
    ► Prinsip-prinsip koperasi
  • Keahlian secara sukarela dan terbuka
o    Tiada sebarang sekatan dari segi sosial, politik, agama untuk menjadi ahli koperasi.
  • Pengurusan secara demokrasi
o    Ditadbir oleh mereka yang telah dipilih atau dilantik dengan cara undian dimana setiap ahli berhak mendapat satu undi tanpa mengira sumbangan modal.
  • Faedah atas modal saham terhad
o    menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad jika ada.
o    Dividen yanga diberi mestilah mendapat kebenaran ketua Pendaftar.
  • Pembahagian lebihan yang saksama
o    Lebihan diagihkan kepada ahli secara sama rata dimana tiada ahli mendapat laba yang melampau.
  • Galakan kepada pendidikan koperasi
o    membuat peruntukan untuk pendidikan ahli-ahli, pegawai dan kakitangan serta masyarakat tentang kebaikan koperasi.
  • Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar
o    memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli dan masyarakat. Ahli koperasi harus aktif di semua peringkat dan saling membantu untuk memperkembangkan lagi ekonomi negara.

    ► Lima kelebihan menjadi ahli koperasi.
  • Hak sama rata
o    Tidak membezakan berdasarkan kepada pegangan syer anggota.
  • Mengutamakan kebajikan ahli sebagai pengguna
o    Kebajikan ekonomi
o    Pendidkan koperasi
  • Kebajikan bersama
o    Seperti kebajikan menerima pendidkan dan bantuan
  • Harga syer yang tetap
o    tidak terdedah kepada turun naik harga saham
o    tidak bergantung kepada permintaan dan penawaran saham secara terbuka



Saturday, 12 April 2014

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB









Setiap manusia pasti mempunya tanggung jawab karena setiap tindakan manusia ada tanggung jawabnya . Tetapi banyak sekali orang-orang yang lalai dari tanggung jawabnya. Makna dari istilah tanggung jawab adalah siap menerima kewajiban atau tugas.






Erti tanggung jawab  semestinya sangat mudah untuk dimengerti oleh setiap orang. Tetapi jika kita diminta untuk melakukannya sesuai dengan definisi tanggung jawab tadi, maka seringkali masih merasa sulit, merasa keberatan, bahkan ada orang yang merasa tidak sanggup jika diberikan kepadanya suatu tanggung jawab. Kebanyakan orang mengelak bertanggung jawab, kerana jauh lebih mudah untuk menghindari tanggung jawab, daripada menerima tanggung jawab. Akibatnya lahir ramai yang “BERJAWATAN” tetapi tidak melakasanakan tugas atau tanggung jawab yang diberikan.




Sebahagian orang, kerana tidak boleh dan malas memahami erti dari sebuah tanggung jawab, seringkali dalam kehidupannya sangat menyukai pembelaan diri dengan kata-kata “itu bukan salah ku” Sudah terlalu banyak orang yang dengan sia-sia, menghabiskan waktunya untuk menghindari tanggung jawab dengan jalan menyalahkan orang lain, daripada mahu menerima tanggung jawab, dan dengan berani menghadapi tantangan apapun di depannya.




Sebagai ahli Badan NGO tanggung jawab yang sering dilalaikan adalah membiarkan orang lain membuat kerja yang sepatutnya milik kita. Pada mereka “Saya bukan nak jawatan ini tapi dipaksa, jadi saya buat ala kadar saja la” mereka fikir itu bukanlah kesalahan besar padahal mereka dititipkan tanggung jawab oleh ahli mereka yang yakin kemampuan mereka. Dan sebagai makhluk beragama islam, kita sering kali tidak menjalankan ibadah padahal itu tanggung jawab kita terhadap Tuhan.




Mulai dari sekarang,  marilah kita untuk bertanggung jawab atas setiap perbuatan yang kita lakukan walaupun perbuatan itu diamanahkan kepada kita oleh orang lain. Hal ini kerana setiap tanggung jawab yang diberikan kepada kita akan dipertanggung jawabkan oleh Allah di akhirat kelak.




“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggung jawab atas kepemimpinan itu”. (Al-Hadits, Shahih Bukhari – Muslim)


Friday, 23 August 2013

KENYATAAN RASMI PENGERUSI ATAS SABAH MENGENAI PERGOLAKKAN DI MESIR



Pertubuhan Kebajikan Atas Bersatu Sabah mengecam sekeras-kerasnya rampasan kuasa, penahanan Presiden Dr Mohammed Mursi dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut banyak nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertempuran ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana. Tragedi ini merupakan sejarah yang amat memilukan masyarakat Islam di seluruh dunia amnya.


Tragedi ini juga diharap menjadi iktibar kepada seluruh masyarakat Islam Antarbangasa khususnya  agar sentiasa menghargai keamanan yang sedia ada. Istilah demokrasi perluhlah dihayati dengan sebenar-benarnya agar kejadian berkaitan tindakan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak berlaku. Selain itu, tindakan ini juga nyata melanggar batasan undang-undang dan perlembagaan. Semoga tindakan sebegini bukan sahaja ditolak sekeras-kerasnya bahkan perlu dijauhi.


Kami sebagai salah satu badan NGO di sabah sekali lagi mengecam dengansekeras-kerasnya tindakan oleh tentera Mesir ini dan kami mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang sedang belajar ataupun bekerja di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang terlibat. Tidak lupa juga kami mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan semoga masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan segera. Yang pasti kebatilan akan kecundang juga.









R4BIA... R4BIA... R4BIA...





DRS Maslan Bin Mainan
Pengerusi ,
Pertubuhan Kebajikan Atas Bersatu Sabah.






Monday, 7 January 2013

SUKU KAUM DI SABAH





Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo.
Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik. 
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar  Kudat.  Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah  menganut agama Kristian.
Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang  berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.
Idaan adalah  etnik yang  menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah.  Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 ,  etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur  di kawasan penempatan  mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak adalah  animist.
Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan  sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan  Islam dalam  kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian.
Bangsa Bisaya adalah suku  kaum  asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan.  Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa,  lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka  selain mahirr menangkap ikan.
Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. 
Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T uaran dan Telipok. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang  membawa maksud "Orang dari Sulu".
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan (Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni.
Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling  bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam  keadaan  kepelbagaian  budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar  ke negeri ini.




Tuesday, 25 December 2012

SEJARAH NEGERI SABAH








Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai '''pisang saba''' iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau  di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.


Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.


Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada Borneo Utara secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.


Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.


Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.


Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.


Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.








Ruj: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah